Isnin, 28 November 2011

::Hijab is a part of my life::

Bismillahirahmanirrahim~
Praise to ALLAH =)
Seringkali kita lihat segelintir saudara se-Islam kita tidak menutup aurat yakni lebih mudah lagi tidak memakai tudung.Mungkin mereka masih belum terbuka hatinya untuk memakai tudung.Tidak mengapa,tak perlu kita kutuk,hina,maki,caci dan sebagainya,better kalau kita doakan mereka untuk berubah andai kita sudah lagi tidak berupaya untuk menasihatinya.Kita kan sudah tahu peringkat2 dan cara2 untuk mencegah kemungkaran.Jangan lupa praktikkan apa yang telah diajarkan.*melencong pulak*.Begini ceritanya:
Seorang NON-MUSLIM bertanya sesuatu kepada seorang MUSLIM;
Non-Muslim:Kenapa wanita2 kamu memakai tudung??Mereka tak merasa panas??
Muslim:(mengeluarkan dua biji gula-gula dari sakunya)..Lalu,membuka plastik bungkusan satu daripada dua biji gula-gula tersebut..Kemudian, dia melemparkan kedua-dua biji gula2 tersebut.
Muslim:Gula2 mana yang kamu pilih?
Non-Muslim:Of course la yang masih berbungkus..
Muslim:Begitulah kami melihat wanita2 kami yang begitu menjaga maruah mereka agar tak dinodai oleh hawa nafsu.


Lihatlah perumpamaannya kita yang bertudung.(*hanya perumpamaan*)
Siapa yang menonton sebuah dokumentari(maybe) yang bertajuk Ini Kisahku..
Izinkan saya mengulas kembali apa yang telah dikatakan oleh Aktress terkenal iaitu,Catriona Ross.
Dia berkata apabila keluar bersiar-siar tanpa memakai tudung dia merasakan dirinya itu berbogel.
Kenyataan itu membuatkan saya terkedu.Mungkin ALLAH telah membuka pintu hidayahnya.Alhamdullilah~
*Pakai tudung tu pakai la yang betul*
Rasanya sampai disini saja entry kali ini..Assalamualaikum dan selamat bercuti serta beribadat~
~pesanan untuk diri sendiri:Wahai orang yang Beriman,sungguh besar kebecian di sisi Allah bilamana kamu berkata namun kamu tidak melakukannya..^_^



















Jumaat, 18 November 2011

::sepotong ayat lebih bermakna::

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…..”
= Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dilakukan) olehnya…..
(Al-Baqarah, 2 : 286)

*_*:cuti2 ni jangan lupa baca al-mathurat pulak:)

::aLL ab0uT KhaDijaH::

"Ia kisah tentang wanita..."
Inilah persepsi yang melatari para aktivis dakwah muslimin apabila kisah Khadijah dibentangkan. Bukan salah kisah itu, tetapi apabila dipersembahkan terlalu tekstual, maka martabat seorang yang diprojekkan Allah Subhanahu wa Taala untuk melengkapkan perjuangan Rasul tidak mampu diambil pelajaran sebaiknya dalam konteks yang lebih besar.


Bagi saya, kisah Nabi Muhammad Rasulullah dengan Khadijah tidak terhenti setakat kisah cinta dan perkahwinan sahaja.


Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan pengalaman hidup (worldview) dan kematangan membuat keputusan. Sebagaimana Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan melalui rukun Islam yang kelima (Haji yang mesti melalui jalan susah untuk ke sana), demikianlah Allah mengangkat martabat pengalaman dan kematangan dengan pemilihan seorang wanita berusia 40 tahun untuk menikahi seorang jejaka tampan 25 tahun, seusia seorang graduan universiti, yang baru sahaja menolak ramai para perawan Makkah dan jelitawan Bani Hasyim.

Ramai pengkaji sejarah merumuskan bahawa perkahwinan Rasulullah dengan seorang isteri sahaja, yang berusia lebih tua dari usia baginda, dan yang telahpun (berpengalaman) menjadi janda sebanyak bukan sekali bahkan dua kali, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi. Jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda dari baginda, mungkin isteri itu mencatat rekod kurang baik apabila isteri muda itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Khadijah. Allah ternyata lebih tahu apa yang terbaik untuk mempersiapkan perjalanan jauh Rasulnya.

Kisah Muhammad-Khadijah juga adalah kisah "perkahwinan" antara gerakan dakwah dengan kekayaan dan kompetensi mencipta kekuatan wawasan dan dana untuk melancarkan gerakan.

Kesan berdagang atas nama Khadijah, Rasul menjejakkan kaki ke semua pasar-pasaraya utama di seluruh Jazirah Arab. Justeru sebelum kenabian baginda sudah mempunyai wawasan geografik yang sangat jelas.” (Dr. Antonio Syafie, Super Leader Super Manager)


Kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah kejayaan sebuah "engagement" antara gerakan dakwah dengan VVIP dan orang kenamaan.


Khadijah satu-satunya “Datuk Seri” wanita di Makkah, keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir dengan Qushai dan dari sebelah ibunya bernama Fatimah, bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Digelar at-Thahirah, meskipun masyarakat Arab ketika itu meletakkan martabat wanita serendah-rendahnya, namun nama Khadijah dikenali dengan julukan wanita suci sejak perkahwinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz karena keutamaan ãkhlak dan sifat terpujinya. Maka tidak hairanlah jika kalangan Quraisy memberikan penghargaan dan berupa penghormatan yang tinggi kepadanya)

Dan kisah Muhammad-Khadijah adalah kisah cinta yang sungguh berhati-hati (melalui peranan Maisarah dan Nafisah) dan cinta ibu yang sentiasa di hati meskipun selepas berkahwin
.
Kita dapat memahami betapa rancaknya hubungan emosional dan kerohanian yang berkembang antara Siti Khadijah dengan Rasulullah secara cepat yang luarbiasa. Sebuah hubungan suci yang sangat memerlukan kepada cinta kasih, belas kasihan dan penjagaan oleh seorang ibu dan juga kekasih, kepada sebuah dada yang lapang, boleh memberikan segala kesayangan dan tuntutan hati. Demikianlah Nabi Muhammad mendapati dirinya secara tiba-tiba berhadapan dengan cara hidup yang baru, yang akan memutuskan cara hidup lama yang diwarisinya lama dahulu, sejak dia berada di padang pasir selama lapan belas tahun yang lalu, tanpa kasih seorang insan bernama perempuan dan ibu.” – Syed Ahmad Semait, 100 Tokoh Wanita Terbilang

*_*:ayuh antunna semua jadi macam Khadijah~kita juga wanita..
<3

'Saya DAIE, saya OK!'




"Tahu tak result exam Development Pshycology dah keluar. Kat board depan common room." kata seorang sahabat.

Dalam perjalanan melihat keputusan, selawat banyak-banyak. Mohon Allah tenangkan hati, redhakan jiwa atas apa saja natijahnya.

Tiba di tempat yang dituju, list di'scan' satu persatu mencari nombor matrik diri sendiri.
Ahh, akhirnya jumpa juga nombor matrik yang cumel tu. Kemudian.............................. Mark : **.*

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiba-tiba,
"Eh tau tak highest mark 97!" tersentak.

"Alhamdulillah aku dapat 90!"

Dan kemudian, dalam hati mula terdetik,
"Lah, mereka dapat lagi banyak.."

Disitulah kerja SYAITAN bermula. Perasaan dengki, cemburu, hasad, mula timbul. Dan yang lagi menakutkan, perasaan TIDAK PUAS HATI DENGAN TUHAN.

"Aku rasa aku usaha banyak dah. Tapi awat tak dapat 90 lagi.."

"Laa. Tingginya markah dia.."

Tiba-tiba, UCAPAN SYUKUR yang pada awal tadi diungkapkan hilang nilainya.

Kalau tak SYUKUR, bimbang nanti KUFUR jadinya.

Beristighfarlah. Memohon ampunan pada ALLAH.


Benar susah menjadi manusia yang MAMPU BERSYUKUR senantiasa, walau musibah yang melanda. Tapi itulah MUJAHADAH yang paling manis natijahnya. Insya ALLAH.

Pernah juga saya mengeluh pada Abang. Tentang akademik saya. Ya, saya bukan budak genius yang mampu skor 4.00 atau dean list setiap semester.

Katanya, kurangkan bersaing dengan orang lain, banyakkan bersaing dengan diri sendiri. Sentiasa mencabar diri untuk lakukan yang terbaek dari yang sebelumnya. Kalau kita selalu melihat pada orang lain, kita akan selalu rasa diri kita tak cukup. Sedangkan ALLAH beri pada setiap seseorang berbeza 'habuan'nya.

Ya, sentap. Saya mula terfikir, setiap kali saya melihat orang lain, saya akan selalu rasa saya KURANG dan dia LEBIH. Dan saya mula rasa kenapa ALLAH buat saya KURANG dan dia selaluuuuu LEBIH?

Sejak itu, saya kembali positif. Walaupun tak dapat 90 marks, takpe. Next time cuba lagi yang lebih baek. Mesti sentiasa ada peningkatan. Bersaing dengan diri sendiri.



Kalau kita bersaing dengan orang, kita akan improve diri sampai kita berada di paaaaaaaaaling atas. Tapi kalau kita bersaing dengan diri sendiri, achievement kita takkan ada PENAMATnya. INFINITY tuuuuu!

Teringat kata sahabat di FB, Ustaz Jamnul Azhar Mulkan, ada lebih dari satu Ph.D. But still beliau tak pernah berhenti menuntut ilmu. Masih menuntut ilmu. KAGUM! Sangat kagum. Ya, beliau tidak bersaing dengan orang lain. Kalau beliau bersaing dengan orang lain, tentu beliau SUDAH RASA CUKUP. Tapi kerana beliau faham, tuntutan menuntut ilmu itu adalah FARDHU bagi ummat ISLAM, maka beliau move move move ke stage yang seterusnya, tanpa rasa BOSAN, dan tanpa rasa BANGGA DIRI.

terutamanya diri saya sendiri. tak kata kat orang lain..


Masya ALLAH. Saya begitu kagum dengan beliau. Saya pun mahu mencontohi beliau. POSITIF dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaek, bukan kerana mahu mendapat PUJIAN manusia, bukan kerana nak berada TERATAS dalam kalangan sahabat satu batch, tapi kerana FAHAM bahawa MENUNTUT ILMU itu FARDHU. Dan melaksanakannya dengan cara yang betul, adalah IBADAH.

Insya ALLAH. Lepas ni saya kena mulakan langkah lebih giat.

Erk, ada orang kata, saya 'gila study'. Post saya sangat 'akademik'. Yelah, post orang lain semua tsiqah-tsiqah. Segan den. =)

Takpe, saya takkesah. Saya dalam proses 'project' diri sendiri. Pengalaman di PJ banyak memberi INSPIRASI untuk saya TIDAK MENGULANG SEJARAH yang sama. Pengalaman di PJ banyak memberi saya PENGAJARAN. Saya mesti menyediakan PELURU yang MANTAP, sebelum saya TERJUN SEDALAM MUNGKIN ke lautan yang saya YAKIN, perlu pada JUTAAN pengorbanan. Tapi tak bererti sekarang tak 'terjun'. Tapi masih perlahan. Ya, saya perlu siapkan satu LESEN BESAR untuk saya 'bergerak' tanpa 'SEKATAN'. Insya ALLAH. Doakan deh~

Saya mencabar diri sendiri, kerana saya mahu mengelakkan masalah hati. Kerana saya yakin, perasaan cemburu pada sahabat, hanya membuahkan rasa benci, dan tidak puas hati, hanya mengundang murka Allah pada kita, hanya menggelapkan hati kita dengan dosa, ya, perasaan dengki itu sangat KOTOR dan ia MENGOTORKAN. Mohon dijauhkan daripadanya.


Gembira atas KEJAYAAN orang lain. Senang atas KESENANGAN orang lain. Tapi jangan DIAM DIRI dalam usaha MENCIPTA KEJAYAAN SENDIRI.

Tak guna bertepuk tangan untuk orang lain, tapi diri sendiri jatuh seperti nangka busuk. Tepuk tangan untuk orang lain, dalam masa yang sama, diri sendiri MENCIPTA SEJARAH yang TERSENDIRI.




Kita semua ada KELEBIHAN masing-masing. Bagaimana kita APLIKASI kelebihan itu, terserah. Tapi INGAT, ALLAH adalah RAJA pada segala NIKMAT. Jagalah DIA, agar DIA menjaga KITA. Tunaikanlah HAKNYA, agar termakbul DOA dan berbaloi segala USAHA kita. Insya ALLAH.

Wah, panjang pulak update blog bila dah habis exam ni.
Alhamdulillah hari ini Allah beri banyak nikmat. Alfu Syukr. 


Rebut AKHIRAT, nescaya DUNIA ikut di BELAKANG.

MENGERTILAH DUHAI ADAM



Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan 
syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah... 
sungguh, Hawa telah 

cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak 
menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari

 tabarruj..
perfume, make up,

 perhiasan...
telah Hawa elakkan 
sejauh-jauhnya..
namun mengapa 
masih Adam 
tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa 
menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan 

Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...

 setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah... 
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah

 antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah..

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar 
tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa 
sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

Sabtu, 8 Oktober 2011

::Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita::


1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. 

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil). 

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.




]                                               




Antunna semua????...Kaifa haluki???dah baca dah kan...bagus.Kalau belum
sudi2lah baca ye..^_^

Penatkan asyik typing je..Jo0m Rileks~


This video can burst my tears...so sad...subhanallah..Sahabat2ku di luar san marilah kita sama2 dengar apa yg diluahkan oleh kaum Adam ini...LAgu ni ana dgr waktu usrah bersama BASHAR'11...sedihkan...Lebih baik menangis daripada terus-terusan bergelak ketawa,kerana sesungguhnya gelak itu akan menghilangkan ilmu kita..
senyum okey???.....=).....

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI




Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. 

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki. 

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. 

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. 

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. 

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. 

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...



Na-see-heart=Jadilah muslimah sejati yg menjadi idaman insan bergelar lelaki...^_^

Jumaat, 7 Oktober 2011

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu 
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi 



Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??





Sweet kan???..hum...apa pendapat antunna semua..tu la..antunna minat sana,minat sini..tapi,penah tak terpikir boleh ke 'dia' ni nak bimbing aku...ke jalan yang benar dan jalan yg diredhai Allah S.W.T....
                                       ^_^



1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?  Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari.Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja??  Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai???  Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)  

wallahua'lam...



Renung2kanlah antunna semua...sedihkan kalau pikirkan balik..
Tutuplah aurat tu..nak tunjuk pun jgn la pada ajnabi...tunjuk kat suami je nanti..
sabarlah sikit...Kesian kat suami kita..Secondhand...huh~
Hakikat zaman sekarang ini...

Jomlah Santai Kejap...*_*


Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

http://3.bp.blogspot.com/_WXdDL1OOkUA/TJi6yza5xdI/AAAAAAAAAAc/zSfC6SDU5v8/s320/IMG_0594.JPG

Jerash, Jordan

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.Redhalah dengan ketentuan Illahi.Kita ni bukannya sempurna sangat.Ingat !!...

Na-see-heart=jgn marah org yg mnegur kita,sebaliknya katakan terima kasih.Dia gembira,anda senang hati...Org yg mnegur,tegurlah baik2..okey???...bersama mencapai mardatillah..^_^

<3

CINTA KUDUS




Titisan rindu hiasi taman kasih
Tanda Illahi merahmati cinta abadi
Seharum kasturi seindah pelangi
Sedamai hati memiliki cahya Illahi
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya

Bagai air yang mengalir tiada akhirnya
Janji kepastian suka duka dijadikan iktibar
Di hujung penantian kecapi gemilang
Mekar di hati indah buana dirahmatiNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja
Iman dan taqwa saksinya

Impian inginkan melihat ketenangan
Hidup bahagia penuh kasih dan sayang
Mimpi kedamaian harap kenyataan
Seluruh insan menjalinkan ikatan
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi dijiwa
Bagai butir permata yang indah
Terang sinarnya malam senja (2x)

Terus bertakhta...

Inai Di jariku masih merah


INAI DI JARIKU MASIH MERAH



KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.
Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.
Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.
Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.
"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.
Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.


p/s: Takziah dari saya buat Saudari TEH AFFIFAH. Tak dapat saya bayangkan jika ini berlaku pada diri saya. Moga tabah menghadapi dugaan ini.